TEMPAT MENARIK DI PUTRAJAYA
TEMPAT
MENARIK DI PUTRAJAYA
Pertama kali aku datang
ke sini time aku praktikal dulu. Satu malam itu bos tempat aku praktikal call
aku dan kawan baik aku yang juga praktikal sekali aku. Bos minta aku dan kawan
datang ofis untuk siapkan tender. Takut jugak aku, kami dah la gegurl, gadis
sunti lagi time tu. Bos meyakinkan aku dan kawan baik aku tu keselamatan aku
terjamin. Jam 10.00mlm bos datang ambil kami dirumah, di ofis tu hanya aku dan
kawan saja, bos aku pun tak masuk dalam ofis. Tunggu kami siapkan kerja dekat
kedai makan area ofis aku sehinggalah selesai semuanya. Dari 10mlm sehinggalah
jam 5.00pg jugalah baru selesai semuanya. Pukul 4.00pg bos datang ambil aku dan
rakan, sempat lagi tu bawa kami pekena roti canai dulu di pecan ipoh. Katanya
awal pagi nanti perlu bangun awal, lebih kurang pukul 8.00pg kami akan ke
putrajaya untuk hantar tender. Bos cadang nak bawa kami berdua. Kos makan minum
dan duit shoping semua akan ditanggung. Itu lah pertami aku jejak kaki ke
Putrajaya.
Datang ke putrajaya tak
lengkap rasanya kalau tak ke masjid Putrajaya. Cantik giler, suka betoi aku
dengan suasana disana.
LATAR BELAKANG MASJID
TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN
Masjid Tuanku Mizan
Zainal Abidin diambil sempena nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
XIII, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan
Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Mula dibina pada 5 April 2004 dan telah
diserahkan pengurusannya kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
pada 19 Ogos 2009.
Masjid Tuanku Mizan
Zainal Abidin terletak di Presint 3, Putrajaya bersetentangan Istana Kehakiman
atau "PALACE OF JUSTICE". Lokasi masjid yang strategik dan menarik,
di tepi tasik Putrajaya akan menjadi tarikan pengunjung dalam dan luar negara.
Kilauan dan limpahan cahaya lampu pada waktu malam pastinya akan membuatkan
pemandangan bertambah indah bagi pengunjung yang menginginkan kedamaian dan
ketenangan jiwa.
KONSEP PEMBINAAN
Masjid Tuanku Mizan
Zainal Abidin boleh memuatkan 20,000 orang jemaah dalam satu- satu masa dibina
untuk tujuan sebagai pusat ibadat yang selesa dan pusat perkembangan ilmu
kepada masyarakat sekitar dan luar negara. Juga diharapkan turut berperanan
dalam menyebarluaskan usaha dakwah serta menjadikannya sebagai sebuah institusi
pelancongan ibadah antarabangsa.
Masjid yang bernilai RM
200 juta ini merupakan satu-satunya masjid yang pembuatannya menggunakan 6000
tan besi atau 70 peratus bahan binaan dengan baki 30 peratus konkrit. Komponen
utama pembinaan masjid ini ialah bangunan masjid dan Kiblat Walk iaitu laluan
pejalan kaki yang menghubungkan Kompleks Perbadanan Putrajaya (PJC) dengan
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
KONSEP REKABENTUK
Masjid ini mempunyai 3
konsep rekabentuk iaitu “angin, sederhana dan telus”. Bahagian dalam dewan
solat utama tidak menggunakan kipas atau penghawa dingin sebaliknya menggunakan
teknologi gas penyejuk udara "Gas District Cooling". Berhampiran ruang
solat utama turut dikelilingi kolam air sudah pasti membuatkan para pengunjung
dapat menikmati suasana udara segar yang dingin dan nyaman.
Rekabentuk dalaman yang
unik Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan tulisan ayat-ayat al-Quran yang
dilakarkan dalam lapisan kaca setinggi 13 meter yang ideanya terhasil daripada
campuran kesenian Jerman dan China.
Bahagian kanan cermin dinukilkan ayat 40 hingga 47 surah Ibrahim
manakala dibahagian kiri ayat 148 hingga 153 surah al-Baqarah. Pintu utama
menuju ke ruang solat utama pula kelihatan ukiran ayat 80 surah al-Isra' dan
pintu gerbang utama diperbuat daripada binaan konkrit putih yang dilatari
tulisan kaligrafi 99 nama Asma' Ul-Husna.
Kubah masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin diperbuat daripada
besi tahan karat, dewan solat utama dikelilingi dengan marshrabiyah screen yang
terdiri daipada "lattice" dan "architectural metallic wailing
screen" yang berfungsi sebagai telus cahaya dan angin. Selain itu, masjid
ini mengunakan teknologi ultrasonic yang digunakan sebagai penghalau burung
daripada memasuki masjid.
Masjid Tuanku Mizan
Zainal Abidin mempunyai identitinya yang tersendiri. Senibinanya dibina tidak
mengikut senireka Arab sebaliknya campuran kesenian Jerman dan China. Idea seni
yang unik memperlihatkan kalimah "ALLAH" daripada pandangan bawah
bahagian dalaman kubah. Selain itu, masjid ini dengan tidak mempunyai menara
berbanding dengan masjid-masjid lain.
BAHAGIAN-BAHAGIAN MASJID
Masjid Tuanku Mizan
Zainal Abidin terdiri daripada 5 aras utama yang menyediakan pelbagai kemudahan
untuk para jemaah dan para pengunjung.
Aras Bawah Satu (C2)
Laluan utama untuk
memasuki masjid serta terdapat 10 unit lot ruang perniagaan dan 2 daripada
ruang tersebut akan dijadikan perpustakaan kanak-kanak. Juga terdapat sebuah
dewan serbaguna yang boleh memuatkan seramai 250 orang. Manakala bahagian
hadapan di aras yang sama tersedia sebanyak 281 parkir kereta, 79 parkir
motosikal dan 30 parkir basikal. Berhampiran ruang parkir tersebut terdapat
kemudahan bilik pengurusan jenazah dan 3 unit kuarters 2 tingkat khusus untuk
kakitangan masjid.
Aras Bawah (C1)
Aras ini terdapat
sebanyak 180 parkir kereta dan juga terletaknya bilik air, tempat wuduk lelaki
dan wanita. Kemudahan yang disediakan setelah mengambil wudhuk ialah tangga
bergerak "escalator" yang menghubungkan di antara aras C1 sehingga
aras L2.
Aras Satu (L1)
Aras yang paling penting
iaitu terletaknya Dewan Solat Utama yang memuatkan 12,000 jemaah. Manakala
bahagian kiri dan kanan terdapat ruang limpahan terbuka bergelar Sahn yang
boleh dipenuhi seramai 6,000 orang jemaah dalam satu-satu masa. Aras ini juga
merupakan laluan Kiblat Walk seluas 13639 meter persegi iaitu menghubungkan
Kompleks Perbadanan Putrajaya dengan bangunan masjid.
Aras Dua (L2)
Aras yang dipanggil
sebagai Dewan Solat Terrace terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Dewan Solat
Lelaki di sebelah kanan dan Dewan Solat Wanita di sebelah kiri. Ruang solat
kedua-dua bahagian ini boleh memuatkan seramai 5,000 orang jemaah.
Aras Tiga (L3) Aras L3
(Aras Tiga)
Aras yang menempatkan
bilik kawalan TV dan radio bagi kegunaan dan kemudahan pihak penyiaran TV untuk
membuat rakaman.
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN
Lif
Foyer
Koridor
Tangga
Tangga Bergerak
(Escalator)
Kaunter Pelawat
Tempat Hidangan/Dapur
Bilik-bilik
Teknikal/Utiliti
Bilik Kawalan Audio
Visual
Bilik Menunggu
Imam/Bilal
Bilik Orang Kenamaan
(VVIP)
Bilik Tetamu Kehormat
(VIP)
Bilik Pengurusan Jenazah
Pejabat Pentadbiran
Masjid
Pejabat Penyelenggaraan
Bangunan
Parkir Kenderaan
Berbumbung
JAMBATAN PUTRAJA
Apabila datang putraja,
waktu jalan-jalan paling best ialah di malam hari, Lepak di Jambatan Putrajaya
memang best. Selalunya budak-budak remaja lah yang selalu melepak nih, Pernah
juga aku tengok ada family, ibu bapa, tok tokwan pun ada juga. Suasana memang
tenang. Dari jauh boleh Nampak lampu di jambatan tu bertukar-tukar warna. Kalau
tak silap aku, kita boleh lepak dekat jambatan tu sampai pukul 12.00 mlm jer.
Kalau stay sana lagi lebih jam 12.00mlm memang kena halau dengan peronda lah
nanti.
PRESINT 2, PUTRAJAYA
Waktu-waktu malam nie,
bila dah mai Putrajaya nih, jangan lupa singgah ke Presint 2, Putrajaya.
Dekat sini, semuanya
bangunan kerajaan yang sangat unik dan cantik. Memang teruja juga lah tengok
banguan-banguan kat sini. Bila lah aku boleh berkerja kat salah sebuah bangunan
tu. Mesti high class kan. Heee. Bila dah mai tu, jangan lupa bawak kamera yang canggih
sikit, tempat dah cantik dah, lampu liplap liplap, kalau pakai kamera yang
murah, hmmm rugi lah, gambaq plak kelam ja. Tak leh la plak nanti nak
berselfie-selfie nih.
TAMAN BOTANI
Taman nie aku tak pernah
sampai lagi, tunggu anak aku besaq sikit lah kot baru mai, tempat nie orang dok
cakap best untuk bersantai-santai. Jangan p waktu malam plak. Kat sini, kepada
hat yang suka berbasikal tue, nie lah tempat paling sesuai, macam aku
sebelum-sebelum nie tak pernah p lagi, kena lah tunggu anak besaq dulu. Anak kecik
nak tinggai mana lah plak tu.
TAMAN WETLAND PUTRAJAYA
Kat sini pun aku tak
sampai lagi, tempat yang best jugak nie kalau nak release tension. Boleh beriadah
dengan berbasikal. Boleh la turunkan sikit berat badan tu. Aku tengok macam ada
ayaq-ayaq tempat tu.. heee… dah tak pernah p tu, kena lah google search, nak
tengok ada apa lah kat tempat tu. Try lah search, macam best ja aku tengok
tempat tu.
DATARAN MASJID PUTRA
Kalau mai kat Putrajaya
nie, malam pun best, siang pun best, malah tengah-tengh hari qhembang pun best.
Bila p tu, mesti nak tangkap gambaq punya. 10 kali p 10 kali nak amek gambaq. Besalah..nak
update status kat fb, instagram sume tu. P lah jalan-jalan kat Dataran Masjid
Putra. Kalau waktu siang tu boleh la tengok mat mat keta dok paking keta kat
situ, memang penuh la paking kat situ. Macam-macam gelagat manusia boleh
tengok. Ada yang buat hal sendiri, ada yang melepak, ada yang berjoging, yang
mana ada anak tu, dok ikot gelagat anak. Kalau waktu malam pula boleh la tengok
lampu-lampu, betoi-betoi kat tengah dataran tu tempat untuk anak-anak bersuka
ria. Siap duit ja.. macam-macam permainan pun ada.